BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 1, 2010

GGGE- Teknologi Dalam pendidikan

Isu Teknologi Pendidikan di Kalangan Guru-Guru PIPAQ/PIBA.....
assalamualaikum wbt..

jika kita lihat hari ini sering diperkatakan bahawa guru-guru PIPAQ/PIBA sering ketinggalan dalam menggunakan nikmat teknologi yang dikagum-kagumi pada hari ini. sedangkan kita tahu penggunaan teknologi terkini memang wajar digunakan dalam proses p&p agar ianya menjadi lebih menarik sekali gus dapat menukar cara baru dalam p&p seseorang guru itu.
jadi pada pandangan sahabat2 apakah kekangan yang menyebabkan guru2 PIPAQ/PIBA ini tidak aktif dalam menggunakan teknologi dalam proses p&p beliau?????
berikan 3 pandangan sahabat2 bagi persoalan ini....
lau lebih pon xpe... yer:-)

13 comments:

miftahul jannah said...

kekangan yang menyebabkan guru2 PIPAQ/PIBA ini tidak aktif dalam menggunakan teknologi dalam proses p&p:

1.kemudahan yang lengkap tidak disediakan oleh pihak pentadbir sekolah.jadi penggunaannya sangat terhad.
2.kemungkinan masa pengajaran yang sangat terhad.mungkin tidak sempat untuk guru-guru selitkan penggunaanya dalam p&p.
3.guru itu sendiri tidak seberapa mahir dalam bidang ICT ini.

siti aisyah bt abu bakar.
A127745

miftahul jannah said...

kekangan yang menyebabkan guru2 PIPAQ/PIBA ini tidak aktif dalam menggunakan teknologi dalam proses p&p:

1.kemudahan yang lengkap tidak disediakan oleh pihak pentadbir sekolah.jadi penggunaannya sangat terhad.
2.kemungkinan masa pengajaran yang sangat terhad.mungkin tidak sempat untuk guru-guru selitkan penggunaanya dalam p&p.
3.guru itu sendiri tidak seberapa mahir dalam bidang ICT ini.

siti aisyah bt abu bakar.
A127745

fitrah90 said...

pada pendapat saya ialah:

1. guru PIBA&PIPAQ tidak dapat menggunakan teknologi semaksimum mungkin kerana infrastruktur di sekolah tersebut terhad.
2. guru ini tidak dapat menggunakan teknologi kerana keadaannya yang tidak mengizinkan terutamanya guru yg berada di kawasan pedalaman.
3. kemungkinan guru tidak diberikan masa yang mencukupi.
4. kekangan berlaku akibat tidak ada sokongan daripada pihak sekolah itu sendiri.
5. kurangnya kerjasama daripada pelajar untuk belajar.

sekian..
fitriah bt mohd zabidi
(A129704)

(: Atika :) said...

Salam..

Kekangan-kekangan yang menyebabkan guru PI tidak aktif menggunakan teknologi semasa proses P&P ialah;

1. Guru-guru PI kekurangan ilmu untuk menggunakan teknologi.

2. Kurangnya kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah. Sebagai contoh,tiada LCD.

3. Mereka kekurangan bahan untuk pembelajaran.

4. Program atau perisian komputer yang kurang menyediakan perisian untuk subjek PI.

5. Penyediaan sumber berdasarkan komputer agak sukar.

Wassalam..

Nurul Atika Bt Ahmadiah
A126813

Ketulusan Hati said...

SALAM...
antara kekangan yang dihadapi oleh guru PIPAQ/PIBA dalam P&P ialah:
1.kemahiran tentang penggunaan komputer yang lemah

2.lebih mengemari cara P&P yang manual

3.tiada galakan daripada pihak sekolah untuk menggunakannya di dalam kelas.

4.kelengkapan atau peralatan (komputer) yang terhad di sekolah

5.guru kurang melayari internet yang tertentu untuk menambahkan bahan pengajar.

jayyidah89 said...

Terdapat banyak kekangan yang dihadapi oleh guru PIPAQ dan PIBA. Antaranya ialah :

1.kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah tidak mencukupi menyebabkan teknologi yang disediakan hanya diperuntukkan kepada guru-guru yang lebih memerlukan seperti guru yang mengajar sains dan matematik.

2.guru PIPAQ $ PIBA sendiri yang tidak yakin dengan kemampuan mereka dan guru-guru senior yang bersikap tidak menggalakkkan penggunaan teknologi.

3. kemampuan guru-guru PIPAQ & PIBA menggunakan teknologi dari segi kemahiran, kewangan dan bahan bantu mengajar yang lain.

4. masa atau waktu P & P yang suntyuk dan tidak sesuai dengan penyediaan BBM berasaskan teknologi.

5. kesukaran mengawal para pelajar untuk menumpukan perhatian hanya kepada bahan yang diajar kerana mungkin pelajar akan membuka laman-laman web yang tidak sepatutnya semasa proses P $ P yang berasaskan teknologi ini digunakan.

WAN NUTUL JAYYIDAH BINTI SULAIMAN
A126879

Tuan Siti said...

Assalamualaikum.
antara kekangan yang menyebabkan guru2 PIPAQ/PIBA ketinggalan zaman adalah:
1. guru tidak mengambil kisah tentang penggunaan teknologi yang disediakan
2. guru lebih suka mengajar manual berbanding menggunakan teknologi dalam p&p
3.peralatan yang disediakan di sekolah tidak mencukupikepada guru menggunakan ict dalam bidangnya untuk mengajar sesuatu topik.
sekian,
tuan siti nooryani bt tuan fauzi (A129699)

khairiah said...

Assalamulaikum...
Pada pendapat saya ialah...

1)guru-guru PIBA tidak berapa mahir dalam bidang ICT ini serta kurang minat untuk mempelajarinya kerana sudah terikat dan sebati dengan cara mengajar yang lama.

2)selain itu juga mereka tidak diberikan kemudahan dan peluang untuk mempelajarinya memandangkan bidang pendidikan islam ini tidak banyak memerlukan kepada teknologi seperti bidang2 yang lain.

3)selain itu kurang kesedaran dalam diri guru2 bahawa pelajar-pelajar memerlukan pelbagai teknik dalam pembelajaran agar mereka tidak mudah bosan ketika mengikuti proses p&p.

Sekian...

KHAIRIAH BT MOHD NOR (A129707)

khairiah said...

Assalamulaikum...
Pada pendapat saya ialah...

1)guru-guru PIBA tidak berapa mahir dalam bidang ICT ini serta kurang minat untuk mempelajarinya kerana sudah terikat dan sebati dengan cara mengajar yang lama.

2)selain itu juga mereka tidak diberikan kemudahan dan peluang untuk mempelajarinya memandangkan bidang pendidikan islam ini tidak banyak memerlukan kepada teknologi seperti bidang2 yang lain.

3)selain itu kurang kesedaran dalam diri guru2 bahawa pelajar-pelajar memerlukan pelbagai teknik dalam pembelajaran agar mereka tidak mudah bosan ketika mengikuti proses p&p.

Sekian...

KHAIRIAH BT MOHD NOR (A129707)

NORULAZMALINI BINTI MOHAMOOD said...

Assalamualaikum w.b.t..

kekangan yang menyebabkan guru2 PIPAQ/PIBA ini tidak aktif dalam menggunakan teknologi dalam proses p&p mereka ialah:

1.guru tidak berminat untuk menggunakan ICT dalam proses P&P, kerana bagi mereka menggunakan ICT boleh melambatkan tugas-tugasnya.Dengan ini, mereka lebih memilih untuk menggunakan kaedah "chalk and talk" di dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.

2.guru kurang mahir atau kurang ilmu untuk menggunakan ICT dengan baik.

3.masa yang diperuntukkan untuk sesuatu subjek adalah terhad.

4.kemudahan ICT disekolah tidak lengkap.

5.bagi guru yang telah berkahwin,mungkin mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan media yang sesuai dengan tajuk pengajarannya untuk diselitkan dalam P&P beliau.

sekian saja dari nor...

NORULAZMALINI BINTI MOHAMOOD (A129665)

orkid ungu said...

Assalamualaikum.

1) Guru-guru lama lebih suka menggunakan kaedah manual.

2) ketidakyakinan guru dalam menggunakan ict

3) masa yang diperuntukkan terhad untuk menayangkan video-video pembelajaran.

4) pihak sekolah tidak menyediakan kemudahan ict yabg lengkap.

5) Guru tidak berapa mahir dalam menggunakan ict.

Mazawani Murad A130022

syahirah said...

kekangan yang menyebabkan guru tidak menggunakan teknologi dalam pembelajaran ialah:

1)kekangan masa kerana guru sibuk dengan pelbagai tugasan

2) guru tidak mempunyai kemahiran dalam bidang ict.

3) sekolah tidak menyediakan kemudahan dalam bidang ict seperti ketiadaan bilik media

4)jadual waktu bagi subjek pendidikan islam sangat terhad untuk menggunakan teknologi ict.

5) kurang perisian bagi subjek pendidikan islam dalam teknologi

Nurul Syahirah bt Che Ahmad A128053

asmat89 said...

kekangan yang menyebabkan guru-guru PIPAQ/PIBA tidak aktif dalam menggunakan teknologi dalam proses p&p ialah :

a)Pihak sekolah tidak menyediakan kelengkapan media pengajaran yang cukup
b)Guru tidak diberi latihan kemahiran menggunakan ict yang secukupnya disebabkan faktor kewangan pihak sekolah
c)Ada sesetengah guru yang memandang negatif dan berfikiran sempit terhadap kecanggihan teknologi dan telah beranggapan alat teknologi telah banyak mengambil alih tugas mereka yang utama dalam pendidikan.
d)Masa yang begitu terhad menyebabkan guru PI kurang menggunakan media pengajaran
e)Tiada masa untuk menyediakan bahan bantu mengajar menggunakan media.
sekian.
Asmat mohd Zin (A129694)